NABI MUHAMMAD S.A.W DI DALAM KITAB PERJANJIAN LAMA
Al-Quran menyatakan di dalam Surah Al-Araf bab 7 ayat 157 :
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.
1. Ramalan kedatangan Muhammad S.A.W di dalam Kitab Ulangan:
Tuhan yang Maha Kuasa berkata kepada Musa (a.s) di dalam Kitab Ulangan bab 18 ayat 18:
“Seorang nabi akan kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini (Musa); Aku akan menaruh FirmanKu dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya”
Umat Kristian mengatakan ramalan ini merujuk kepada Jesus (a.s) kerana Jesus (a.s) adalah seperti Musa (a.s). Musa (a.s) adalah keturunan yahudi seperti halnya Jesus(a.s) adalah keturunan yahudi. Musa (a.s) adalah nabi dan Jesus (a.s) juga adalah nabi.
Sekiranya hanya dua kriteria tersebut sahaja yang menjadi ukuran untuk memenuhi ramalan tersebut, maka semua nabi di dalam injil yang datang selepas Musa (a.s) seperti Daud, Sulaiman,, Yehezkiel, Elisa, Elijah, Zakariah, Mika, Zafaniah, Yesaya Pembabtis, dll. (damai bagi semuanya) akan memenuhi ramalan ini kerana semuanya juga dari keturunan yahudi dan juga seorang nabi.
Jesus (a.s) tidak sama seperti Musa (a.s) diatas 3 alasan:
1. Menurut ajaran Kristian, Jesus (a.s) adalah tuhan sedangkan Musa (a.s) bukan tuhan sebaliknya adalah seorang nabi.
2. Menurut ajaran Kristian, Jesus (a.s) mati untuk menebus dosa dunia sedangkan Musa (a.s) mati bukan untuk menebus dosa sesiapa.
3. Menurut ajaran Kristian, Jesus (a.s) pergi ke neraka untuk memperbaiki orang setelah penyalibannya selama 3 hari sedangkan bagai seorang nabi yang mulia, Musa (a.s) tidak seharusnya ke sana.
Akan tetapi, Nabi Muhammad (s.a.w) sangat mirip dengan Musa (a.s):
i. Kedua-dua nabi ini mempunyai ayah dan ibu, akan tetapi Jesus (a.s) hanya mempunyai ibu tanpa ayah manusia. [Mathew 1:18 dan Luke1:35 dan juga Al-Quran 3:42-47]
ii. Kedua-dua nabi ini lahir secara normal ( lelaki dan perempuan bersamaan) tetapi Jesus (a.s) dilahir dengan penuh mukjizat (Maryam lahirkan Jesus tanpa ‘sentuhan’ dari lelaki)
iii. Keduanya-dua nabi ini berkahwin dan mempunyai anak. Akan tetapi Jesus(a.s) menurut bible tidak berkahwin dan juga tidak mempunyai anak.
iv. Kedua-dua nabi meninggal dunia secara alamiah. Mengikut ajaran Kristian, Jesus (a.s) terbunuh di palang dengan kekerasan.
v. Kedua-dua nabi ini meninggal dunia dan di kuburkan di bumi, akan tetapi menurut ajaran Kristian, Jesus (a.s) beristirehat di syurga.
Muhammad (s.a.w) adalah dari kalangan saudara Musa (a.s). Orang Arab adalah saudara kepada orang Yahudi. Nabi Ibrahim (a.s) mempunyai 2 orang anak iaitu Ishmail (a.s) dan Ishak (a.s). Orang Arab adalah dari keturunan Ishmail (a.s) dan orang Yahudi pula dari keturunan Ishak (a.s).
Firman-Ku dalam mulutnya:
Nabi Muhammad (s.a.w) adalah seorang yang Ummi (buta huruf). Beliau akan mengulangi secara lisan apa sahaja wahyu yang diterima dari Allah S.W.T.
“seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya.” (Kitab Ulangan 18:18)
vi. Kedua-dua nabi ini selain dari menjadi nabi, mereka juga seorang penguasa pada kaum mereka. Contohnya mereka boleh menjatuhkan hukuman mati. Jesus (a.s) berkata “Kerajaan-Ku bukan dari dunia ini.” (Yohanes 18:36)
vii. Kedua-dua nabi ini diterima sebagai nabi oleh kaum mereka semasa hayatnya tetapi Jesus (a.s) ditolak oleh kaumnya. Ini diterangkan dalam Yohanes bab 1 ayat 11, “Ia datang kepada milik kepunyaan-Nya, tetapi orang-orang kepunyaan-Nya itu tidak menerima-Nya.”
viii. Kedua-dua nabi ini membawa hukum baru dan peraturan baru kepada kaum mereka. Mengikut bible, Jesus (a.s) tidak membawa apa2 jua bentuk hukum. (Matius 5:17-18).
2. Dinyatakan di dalam Kitab Ulangan bab 18 ayat 19
“Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban.”
Setiap firman Allah didalam surah-surah Al-Quran akan dimulai dengan kalimah “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani”.
3. Ramalan tentang Nabi Muhammad (s.a.w) di dalam kitab Yesaya bab 29 ayat 12:
“dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat membaca."
Apabila malaikat wahyu Jibril (a.s) mengarahkan Muhammad (s.a.w) menyebut Iqra’ – bacalah, beliau membalas, “aku tidak dapat membaca”.
4. Nama Nabi Muhammad (s.a.w) disebutkan di dalam Kitab Kidung Agung bab 5 ayat 16:
“Hikko Mamittakim we kullo Muhammadim Zehdoodeh wa Zehraee Bayna Jerusalem.”
“Kata-katanya manis semata-mata, segala sesuatu padanya menarik. Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku, hai puteri-puteri Yerusalem.”
Di dalam bahasa Hebrew ‘im’ di tambah untuk kata hormat. Sangat padan ‘im’ di tambah selepas nama Nabi Muhammad (s.a.w) menjadikan Muhammadim.
Sama seperti di dalam Kitab Genesis bahasa Hibrew bab 1 ayat 1, ‘Elohim’ adalah sebutan bagi tuhan. Di dalam bahasa Hibrew, ‘El’ / ‘Eloh’ adalah tuhan dan ‘im’ adalah kata hormat pada tuhan.
Terjemahan dalam bahasa Enggeris (biblehub.com), mereka menterjemahkan nama Nabi Muhammad (s.a.w) dengan pelbagai nama antaranya : New International Version and King James Bible sebagai ‘altogether lovely’, New Living Translation sebagai ‘desirable in every way’, English Standard Version sebagai ‘altogether desirable’, New American Standard Bible sebagai ‘wholly desirable’, Holman Christian Standard Bible sebagai ‘absolutely desirable’ dan lain-lain. Tetapi di dalam perjanjian lama bahasa Hebrew, disebutkan nama Nabi Muhammad (s.a.w) dengan jelas.
No comments:
Post a Comment