Wednesday, May 4, 2016

NABI MUHAMMAD S.A.W DI DALAM KITAB PERJANJIAN BARU (INJIL)

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!" (As-Saff 61:6)

Menurut ayat diatas, jelas kepada umat Islam bahawa Nabi Isa @ Jesus (a.s) telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w). Nabi Isa (a.s) juga menyatakan ramalan-ramalan beliau dalam beberapa ayat di dalam injil. Antaranya:

1.     Kitab Yohanes Bab 14 Ayat 16
“Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya,”

Menurut ayat di atas, terdapat beberapa soalan yang dapat di bahaskan.
                                                         i.            Siapakah ‘Penolong yang lain’ itu?
                                                       ii.            Siapakah ‘Penolong’ yang telah sedia ada?
                                                      iii.            Dengan cara apa atau bagaimana ‘penolong yang lain’ itu boleh menyertai kamu selama-lamanya?
Menurut pemuka Kristian,  ‘Penolong’ itu adalah Roh Kudus. Jadi cuba kita membuat beberapa ujian sama ada benar Roh Kudus yang dimaksudkan atau tidak.
                                                         i.            Roh Kudus telah ada sebelum kelahiran Jesus (a.s).
Berkata Gabriel kepada Zakharia dalam Kitab Lukas Bab 1 Ayat 15 “Sebab ia akan besar di hadapan Tuhan dan ia tidak akan minum anggur atau minuman keras dan ia akan penuh dengan Roh Kudus mulai dari rahim ibunya;”. Juga berkata Gabriel kepada Maria dalam Kitab Lukas Bab 1 Ayat 35 "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungi engkau;”.

                                     ii.        Roh Kudus membantu Jesus (a.s) semasa hayatnya.
Kisah 10:38 yakni, Yesus dari Nazaret, bagaimana Allah mengurapinya dengan roh kudus dan kuasa, dan dia menjelajahi negeri itu sambil berbuat baik dan menyembuhkan semua orang yang ditindas Iblis; karena Allah menyertai dia”

Ayat-ayat diatas jelas menunjukkan Roh Kudus telah ada sebelum Jesus (a.s) dilahirkan dan membantu Jesus (a.s) semasa hayatnya. Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa Roh Kudus adalah ‘penolong’ yang telah sedia ada dan bukan “penolong” yang lain itu. Kalau begitu, siapa ‘penolong’ yang lain itu?

Sekiranya kita meletakkan Muhammad (s.a.w) adalah ‘Penolong’ yang lain yang dimaksudkan itu, dengan cara apa dan bagaimana Muhammad (s.a.w) dapat menyertai kamu selama-lamanya? Tentunya dengan Al Quran dan Al Hadith kerana Muhammad (s.a.w)adalah nabi terakhir dan tidak ada lagi nabi selepas kewafatanNya dan ajarannyalah yang akan diikuti oleh semua manusia untuk selama-lamanya. Firman Allah di dalam Surah Al Maaidah 5:3 “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

2.     Kitab Yohanes Bab 15 Ayat 26
Jikalau Penghibur yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku”.

Selepas wafatnya Jesus (a.s), hanya Muhammad (s.a.w) yang bersaksi tentang keberadaan Jesus (a.s) sebagai salah seorang nabi dan rasul utusan Allah dan memuliakannya. Tidak ada seorang pon (roh kebenaran) yang datang selepas Jesus (a.s) memuliakan Jesus (a.s) seperti Muhammad (s.a.w) memuliakan Jesus (a.s) dan ibunya Maryam ibni Yehoyaqim serta membenarkan ajarannya.

Mustahil Roh Kudus yang diutuskan oleh Jesus (a.s) kerana Roh Kudus telah ada sebelum kelahiran Jesus (a.s) lagi. Dan mengikut ayat diatas, sekiranya kita mengaitkan dengan Roh Kudus, bilakah Roh Kudus akan datang lagi? Sangat tidak boleh diterima akal sekiranya terdapat dua pernyataan yang berbeda mahu diklafikasikan serentak. Roh Kudus telah datang berkali-kali kedunia ini. Jadi, untuk apa lagi Roh Kudus diutus seolah-olah Roh Kudus tidak pernah datang. Adakah semata-mata untuk bersaksi tentang Jesus (a.s) sedangkan Roh Kudus sentiasa ada sebelum kedatangan Jesus (a.s) dan juga ada bersama-sama Jesus (a.s) semasa hayatnya.

3.     Kitab Yohanes Bab 16 Ayat 7 - 9
“Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu”.
“Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman;
“akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku;

Pelbagai variasi nama diberi kepada ‘penghibur’ itu. Lebih dari 2000 nama didalam pelbagai injil seluruh dunia. Dalam bahasa inggeris, ‘penghibur’ disebut ‘comforter’, dalam bahasa arab disebut ‘almaezi’ atau ‘muazzi’, dalam bahasa afrika disebut ‘trooster’, dalam bahasa zulu disebut ‘umduduzi’ dll.. Jadi, jelas menunjukkan ‘penghibur’ itu bukan nama tetapi watak seseorang yang bakal datang selepas ketiadaan Jesus (a.s).

Pihak gereja berpendapat ‘penghibur’ itu adalah Roh Kudus. Sekali lagi terbukti salah pendapat pihak gereja kerana Jesus (a.s) menyatakan “jika aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu”. Seperti yang diterangkan diatas, Roh Kudus telah lama ada sebelum Yesus dilahirkan dan semasa hayat Yesus (a.s). Dan mustahil juga Roh Kudus akan menginsafkan dunia akan dosa dan menjadi hakim tentang dosa.

Ayat-ayat diatas membuktikan bahawa ‘penghibur’ yang dimaksudkan adalah Muhammad (s.a.w). Ini kerana Muhammad (s.a.w) membawa wahyu terbaru dan menginsafkan manusia tentang dosa dan membawa hukum dan peraturan terbaru bagi manusia sepertimana yang diwahyukan dalam Al-Quran.

4.     Kitab Yohanes Bab 16 Ayat 12 - 14
Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya”.
Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang”.
Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku”.

Sekiranya pendeta-pendeta gereja mengatakan Roh Kebenaran ini adalah Roh Kudus, maka beritahulah pada umat manusia, sepanjang 2000 tahun setelah Jesus (a.s) diangkat, apakah berita terbaru dan hal-hal akan datang yang dibawa dan diberitakan oleh Roh Kudus kepada seluruh umat manusia? Langsung tidak ada. Di Amerika, peningkatan ketara masalah awam seperti pemabuk tegar, pembuangan bayi akibat sex bebas, pornografi, gay dan lesbian, peningkatan populasi perempuan melebihi lelaki dll. Tetapi tidak ada satu penyelesaian pon yang diterima dari Roh Kudus tentang masalah-masalah ini.

Sekarang kita lihat petikan Kitab Yohanes didalam King James Version.
John 16:12-14 King James Version (KJV)
12 I have yet many things to say unto you, but ye cannot bear them now.
13 Howbeit when he, the Spirit of truth, is come, he will guide you into all truth: for he shall not speak of himself; but whatsoever he shall hear, that shall he speak: and he will shew you things to come.
14 He shall glorify me: for he shall receive of mine, and shall shew it unto you.

Terdapat lapan perkataan ‘he’ dan ‘himself’ dalam ayat-ayat tersebut. Sejak dibangku sekolah, kita semua belajar ‘he’ menunjukkan sebutan bagi lelaki dan ‘it’ adalah sebutan bagi selain manusia. Jadi, bagaimana terjemahan injil dalam bahasa melayu boleh menukarkan ‘he’ menjadi ‘ia’? Dan adakah Roh Kudus dirujuk sebagai ‘he’ iaitu lelaki?

Jesus (a.s) mengabarkan akan ada seorang utusan akan datang selepasnya dan ramalan tersebut sangat tepat jika dipadankan dengan Muhammad (s.a.w). Kita akan uji ramalan diatas keatas Muhammad (s.a.w).

                             I.        Muhammad (s.a.w) adalah seorang yang sangat dipercayai oleh kaumnya hinggakan diusia mudanya, beliau mendapat gelaran Al-Amin. Ini kerana beliau tidak pernah berbohong dan seorang yang jujur. Sangat padan jika dipadankan dengan Roh Kebenaran.
                           II.        Beliau seorang pemimpin bagi seluruh umat Islam berdasarkan wahyu dari Allah (s.w.t). Juga berpadanan dengan kata-kata Jesus (a.s) “Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran”.
                          III.        Nabi Muhammad seorang yang Ummi (buta huruf). Ramalan ini juga sangat padan dengan kata-kata Jesus (a.s) “sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya”
                          IV.        Nabi Muhammad (s.a.w) memberitakan perkara-perkara akan datang melalui wahyu yang diterimanya. Banyak perkara yang disebut 1400 tahun dahulu diakui kebenarannya pada hari ini terutama dalam bidang sains.
                            V.        Hanya Islam satu-satunya agama yang mengakui dan percaya kepada Jesus (a.s). Tidak seorang muslim dikira muslim jika tidak beriman pada Jesus (a.s). Bukan sahaja keimanan pada Jesus (a.s) tetapi juga pada ibunya sehingga didalam Al-Quran terdapat satu surah yang diberi nama surah Maryam. Muhammad (s.a.w) mengajar untuk percaya pada Jesus (a.s) dan mengikuti ajarannya tetapi bukan menyembahnya kerana Jesus (a.s) bukan tuhan melainkan nabi dan utusan yang sama seperti Nuh, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa, dan utusan yang terakhir Muhammad (damai bagi mereka semua).

Terdapat perbantahan dari pihak paderi yang mengatakan Muhammad adalah manusia dan bukan roh. Kalau begitu, kita analisa ayat dibawah:

Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia. (1 Yohanes Bab 4 Ayat 1)

Bukankah ayat tersebut jelas menunjukkan perkaitan roh dan nabi. Roh Palsu = Nabi Palsu dan Roh yang Benar = Nabi yang Benar. Ayat di atas juga menunjukkan roh yang benar berasal dari Allah. Ini juga dapat membuktikan Jesus (a.s) adalah seorang nabi seperti Muhammad (s.a.w). Kitab Yohanes Bab 8 Ayat 42 Kata Jesus kepada mereka: "Jikalau Allah adalah Bapamu, kamu akan mengasihi Aku, sebab Aku keluar dan datang dari Allah. Dan Aku datang bukan atas kehendak-Ku sendiri, melainkan Dialah yang mengutus Aku.

Adakah Roh-roh yang dinyatakan ayat diatas menunjukkan tentang Roh Kudus? Tentu saja tidak.